Hai semua. Seperti yang tertera pada address saya, sudah terbukti yang saya sememangnya seorang salah seorang peminat Jepun. Maksudnya, saya meminati apa saja yang ada pada Jepun, termasuklah produk - produk hingga kepada makanan.
Nak tau kenapa nama saya JapanLover? Yang taknak tahu tu duduk diam-diam, jangan kacau orang yang nak tau sangat nih! Lek arh, jangan memarah kak... Muka cepat tua nanti, asyik berkerut je. Sebab saya pilih nama JapanLover tu sebab saya minat Jepunlah, apa lagi kalau bukan yang satu tu. Saya tahu yang sekarang ni 1 Malaysia minat sangat dengan Kpop, tapi apa salahnya kalau saya still melekat kat Jepun. Walaupun muka tu takdelah langsung muka Japan. Huhu. Sedihnyaaaaaa. Tapi, memang tak salah kan kalau kita minat Jepun. Lagipun Jepun kan negara jiran Korea. Dekat-dekat lah kan. Lagipun, culture diorang nak dekat sama saya perhati.
So, dalam blog ni, saya akan beri info - info berguna kepada para pembaca semua ya. Itu dah saya memang konfem tau. Ceh, overconfident pula kan? Hm, dah describe diri saya lah tu kan? Tapi takpe, saya tak kisah pun. Memang saya seorang yang overkonfident. Okay, pada hari ini, iaitu hari kelahiran blog saya yang cantik nih (perasan), saya ingin bercakap [menulis] serba sedikit mengenai diri saya yang kawaii ni (sungguh2 perasan)! Okay, saya taklah kawaii mana pun, tapi sekurang-kurangnya ada lah jugak kawaiinya. Kan ok tu. Walaupun sikit je kawaiinya tu... Har har har! Gelak besar nampak... Okay, buat sesiapa yang tak tahu maksud kawaii, kawaii bermaksud comel. Yang tak tahu comel, comel ialah cute. Yang tak tahu cute, aaaaaa... Dah tak tahu bahasa apa nak guna dah.
Okay, kita kembali ke topik asal kita ya. Ehey, teruk betul saya ni kan, dah jauh pula tersesat ni. Nasib baik tak sesat jalan. HeheHarharhar. Okay, objektif saya buat blog nih untuk me'reveal' apa yang terpendam bawah tanah di Jepun sana tu. Maksudnya, saya akan merungkai sedalam - dalamnya dengan segala kudrat yang saya ada (ceh, guna ayat puitis pula) untuk mencari dan seterusnya membincangkan dengan awak semua. Bukannya nak gali dalam tanah. Bukan jumpa apa pun. Saya pun masih di Malaysia, tak pergi mana - mana pun dan masih pelajar sekolah menengah lagi, ada hati nak pergi Japan. Sabar dulu, ada rezeki dapatlah.
Walaupun awak awak semua tu tahu yang Japan memang well-known di mata dunia, pada fikiran saya mungkin sebab sushi dan makanan Jepun yang lain, tapi banyak sangat lagi yang awak semua tak tau apa yang ada inside Japan tahu? Contohnya, 'Ikebana'. Awak awak semua tahu ke apa Ikebana tu. Tak tahu kan? Tak tahu takpe, nanti saya akan kongsi dengan lebih lanjut pasal Ikebana ni. Kenapa tak sekarang? Sebab nanti habis modal saya nak cakap pasal Japan ni, boring pula awak semua nanti.
Uih, panjang sungguh post pertama saya ni. Panjang sangat ke? Mungkin saya je yang rasa post ni panjang. Sebab dah malas nak luangkan masa menaip dan menceceh bukan - bukan. Esok esok kalau panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi. Bye. See you next time! Sayounara!
*Haiya, tahap ke-tiadapendirian saya semakin teruk, perlu jumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan segera. Yang tiada pendirian tu sebab sekejap tulis Jepun, sekejap jadi Japan, sekejap jadi Jepun lagi dan seterusnya Japan. So, saya rasa nak ambil jalan mudah nak tulis Jepan atau Japun. Mana lagi sedap? Tapi, takut pula ada orang tak faham kan? Ok, tak apa. Kita tetap teruskan panggil Jepun dan Japan. Kalau nak panggil Nihon atau Nippon nanti ada pula yang tak tahu.
Salam Hormat;
JapanLover

No comments:
Post a Comment