Monday, 5 March 2012

Ikebana - いけばな

Heika

Moribana

   Hai, awak. Gediknya! Kali ni saya nak cerita atau talking-talking or yang sebenarnya mahu bercoret pasal Ikebana. Awak awak semua tau tak apakah gerangan Ikebana? Siapa yang tahu tu saya tabik sangat. Memang awak golongan terpelajar dan tak macam katak bawah tempurung.

   Yang tak tahu tu jangan pula nak berkecil hati, awak bukanlah golongan tak terpelajar oatau katak bawah tempurung, cuma mungkin ilmu tak cukup di dada. Buahhahaha (buah+hahaha). Jahat sungguh saya ni, nama je Miss Kawaii tapi perangai langsung tak 'adorable'.

   And, saya nak lah tulis sikit, ni FACT ok! Kalau awak tak terpelajar, of course awak tak tahu membaca blog ni kan. And even tak tahu membaca langsung. Okay, sekarang, I must stop annoying people yang tak berdosa langsung ni.

   Okay, now saya nak terangkanlah pasal apa dia Ikebana ni. Buat pengetahuan anda semua yang tahu dan tak tahu, Ikebana ialah seni hias bunga tradisional orang jepun dulu-dulu kalau nak hias rumah, atau ada occasion penting and something like that la.

   Secara asasnya, Ikebana mesti ada tiga bunga yang mewakili 1 keluarga, iaitu chichi (ayah), haha (mak), and also watashi (saya). Susunan bunga tu mestilah akan membentuk segi tiga kalau pandang dari atas. Nak cucuk bunga buat Ikebana ni sebenarnya ada guna something yang rupa dia macam paku pun ada, nak cakap macam sikat yang gemuk tu pun boleh. Lupa pula namanya. Nampak sangat kena ALZHEIMER.

   Selepas itu, benda macam paku tu dimasukkan dalam satu bekas yang ada air dalam pasu atau bekas leper. Ikebana ada dua jenis, MORIBANA dan HEIKA. Heika ni 'complicated' sikit lah daripada Moribana. Tapi Heika tak perlu guna paku dan air yang saya cakap tu. Heika guna pasu. Moribana ni kira asas kepada sesiapa yang nak belajar Ikebana lah.

   Dan heika juga tak perlu guna benda macam paku tu. Tapi kalau nak guna tak salah. Yang si ayah ni, bunganya mestilah yang paling panjang dan paling belakang sekali. Bunganya straight je. No bengkok bengkok. Mak bunga pula berada dihadapan ayah bunga dan 45 darjah ke tepi. Si anak bunga iaitu yang paling depan sekali, dia yang paling pendek dan bila disusun 60 darjah ke DEPAN.

   TAPI make sure jangan pendek sangat potong tu. So, maksudnya, anak bunga tu yang menghadap orang yang buat. Contohnya macam gambar di atas ni ok. Mungkin tak cantik sangat tapi still kita boleh nampak 'keluarga bunga' tu kan? Okay, saya sayang awak awak semua. Kalau awak terbuka hati nak buat Ikebana ni saya nak ucapkan GANBATTE KUDASAI buat awak. Okay, jumpa bila-bila saya ada masa lapang lagi. Bye. Sayounara.




Salam Hormat;
JapanLover

No comments:

Post a Comment

All Right Reserved by Japan Lover. NO COPYCATS ALLOWED!