Hai! Bertemu lagi kita dalam blog saya yang serba indah ni! Seperti yang memang tertera pada tajuk, memang saya berniat nak tulis mengenai Aya Tademaru. Eh, memang la nak tulis pasal Aya ni sebab tu buat tajuk macam tu kan? Hmmmm :-/ Kira niat juga lah kan sebab tak tulis lagi! Tapi, nak mula atau hajimemasu lah ni! Boleh kira niat ke tu? Ahhh, buat apa fikir benda tak penting macam tu, buat serabut kepala otak aja!
Sebelum saya mula, saya ni teringin sangat nak tanya (teringin sangat ke) pada para pembaca semua yang sudi membaca blog ini, sudah lah tu merepek! Saya rasa saya teringin sangat makan kerepek terutama kerepek pisang (sibuk nak cakap) jadi mula lah saya merepek macam ni! Okay, berhentilah kamu sebelum kamu diberhentikan! Aik? Macam mana nak diberhentikan? Buahhahahaha! [gelak besar] Ingat lawak sangat lah macam tu? (Marah diri sendiri)
Okay, sekarang saya nak kembali ke pangkal jalan iaitu nak tanya awak semua, awak semua kenal ke Aya Tademaru? Atau Haruka Ayase? Yang tahu tu baguslah! Omedetou! Yang tak tahu tu saya nak bagitahu lah ni! Jadi, yang tahu tu sila lah buat - buat tak tahu KALAU nak baca post atau entry ni. Kalau tak nak baca, tutup je lah blog ni dan buka lagi bila rasa saya dah update yang baru nanti... Buahhahahaha / Muahhahahaha!
Jadi, kepada para pembaca sekalian, inilah apa yang saya tahu mengenai Aya Tademaru atau Haruka Ayase. Sila lah hayati dan fahami betul - betul sepenuh jiwa dan bakul raga anda! Please enjoy yourself while reading this entry! (tiru gaya stewardess sambil senyum gaya stewardess yang tak berapa menjadi)
Kirei desune! Tak perlu pun pakai make-up tebal-tebal, nampak dah serinya!
Nama: Aya TademaruNama popular: Haruka Ayase
Kerjaya: Model, penyanyi, pelakon
Tarikh lahir: 24 Mac 1985
Tempat lahir: Asaminami-ku, Hiroshima City, Hiroshima, Jepun
*Buat pengetahuan awak semua, nama tempat-ku digunakan untuk sebut tempat di bawah daerah, contohnya Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Umur pada tahun ini: 27 tahun
Tinggi: 165 cm (saya lagi rendah)
Berat: Tak tahu sebab berat kita kan berubah-ubah dan dia memang tak tulis
Jenis darah: B (tak tahu pula B positif ke negatif)
Untuk pengetahuan awak, Aya Tademaru pernah jadi duta iklan SK-II suatu masa dulu, tapi tak adalah lama sangat, masa 2008 kot! Buahhahahaha :p
Dia ni memang popular di Jepun dan di negara lain, macam negara kita kan? Mestilah kita kenal dia sebab melalui iklan SK-II yang setiap hari kita tengok tu kan, kadang - kadang sampai muak tengok iklan tu sebab selalu sangat tengok! Buahhahahaha! Dia ni banyak berlakon tahu? Sama ada filem atau drama, dua - dua dia berlakon! Yang saya dah tengok satu je dalam banyak- banyak tu! Tajuknya Happy Flight. Cerita tu tergolong dalam derita yang seronok juga lah dalam Koleksi Cerita-Cerita Menarik yang saya buat dan disimpan dalam otak saya yang cerdas ini (perasan)
Happy Flight tu dikeluarkan pada tahun 2008. Hmmm, tak lah baru sangat, tapi tak adalah lama sangat kan?
Ok, bye dulu!
*Sebenarnya tadi saya nak tulis mengenai Ayumi Hamasaki tapi terpaksa di'delay'kan dulu sebab nak bagi laluan untuk Aya Tademaru.
Salam Hormat;
JapanLover


No comments:
Post a Comment