Friday, 2 March 2012

Pengenalan kepada negara Jepun






   Hai awak semua. Bertemu lagi kita dalam blog saya yang cantik dan cute ni. Dengan warnanya yang terang dan agak girlish walaupun tak ada warna pink. Tapi kan warna girlish tak semestinya menunjukkan warna pink. Warna - warna lembut yang nampak soft (warna lembut memang nampak soft pun, tiada yang nampak terang) semuanya warna yang bolehlah dikategorikan warna girlish. HikHik. 

   Dan sebagai pengenalan kepada negara Matahari Terbit ini, saya mahu kamu semua berkenalan dengan negara Jepun dahulu. Alah, yang basic - basic je, seperti dalam gambar dan video yang tertera di atas. Mula - mula saya nak perkenalkan kamu dengan pulau - pulau yang ada di Jepun sana. Jepun terdiri daripada 4 buah pulau yang besar yang sememangnya kita boleh nampak walau orang bermata empat sekalipun. Macam yang anda semua boleh baca, nama pulau - pulau tu adalah Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.

   Agak - agak awak semua lah kan, Tokyo di pulau yang mana satu? Jawapannya, Tokyo di pulau Honshu. Tengok dalam gambar tu semula, tu yang paling besar tu lah pulau Honshu. Tokyo berjiran dengan Saitama dan Kanagawa. Kalau ada orang tanya Saitama atau Kanagawa atau Saitama dan Kanagawa di mana, awak jawablah jiran Tokyo. Kan dah boleh tunjuk pandai pada kawan tu. Sekaligus menambahkan berkat pada ilmu tu. Kan dalam Islam ada kata jangan kita simpan ilmu yang kita dapat sebab nanti hilang keberkatan ilmu tu. Malah, kalau kita berkongsi ilmu dengan orang lain, ilmu tu akan melekat dalam kepala otak kita sampai bila - bila selagi kita kongsi ilmu tu dengan orang lain. 

   Okay, cukuplah bercoret mengenai pulau dan ka ba ra ka ta nun. Heheh. Cuba teka apa tu... haha!! Kepada sesiapa yang dah tahu tu sila simpan dalam hati. Sebab kalau cakap pun tak guna kan, bukan saya boleh dengar pun. Okay, saya bagitahu lah kepada yang tak tahu (mengalah sebab tak nak awak menangis ^_^). Ka ba ra ka ta nun tu keberkatan. Aaaaaaaarrh, kenapa saya sibuk sangat membebel pasal ka ba ra ka ta nun panjang - panjang! Kan ada benda yang belum selesai lagi.

   Ok, sekarang saya nak share dengan awak semua mengenai lagu kebangsaan Jepun. Tajuk lagu ni Kimi ga yo. Yang video di atas sekali tu lah video lagu Kimi ga yo. Dalam video tu awak awak semua boleh mendengar lagu Kimi ga yo berserta 'subtitle'nya. Jadi tak perlu lah saya bersusah payah tulis dan terang maksud lagu tu. Peace. Buat pengetahuan awak awak, lagu Kimi ga yo ni dah disenarai sebagai SALAH SATU lagu terpendek di dunia. Lagu ni juga adalah salah satu identiti bagi negara Jepun (semua orang tahu tu). 

   Sejarah lagu ni adalah ia mula dinyanyikan semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji. Nanti bila - bila saya akan tulis mengenai Mikado Meiji pula. Tak boleh semua sekarang. Nanti habis modal nak cerita kan. Dan lagu ni sebenarnya sajak cinta atau love poem yang ditulis oleh tak ingat lah nama dia. 

   Okay, sampai di sini dahulu entry saya kali ini. Moga bertemu lagi dalam entry akan datang.




Salam Hormat;
JapanLover

No comments:

Post a Comment

All Right Reserved by Japan Lover. NO COPYCATS ALLOWED!