Siapa antara anda semua dah dengar lagu 'toire no kamisama'? Sila simpan dalam hati. Sebab nanti kalau jawab or angkat tangan atau angguk-angguk kepala nanti chichi (ayah), haha (mak), atau kazoku (semua anggota keluarga) fikir yang awak gila. Siapa yang kena tanggungjawab? Miss Kawaii kita ni juga kena ambil tanggungjawab walaupun tak ready dan tak sanggup ambil tanggungjawab ni. Kesian kan? Tak pasal-pasal nanti saya juga kena tanggung biaya awak di hospital bahagia nanti. Sedih saya! Saya ni masih budak sekolah lagi, tanggungjawab saya hanya belajar, tak terikat lagi dengan tanggungjawab besar macam tu lagi!
Ok, saya dah nak kembali ke pangkal jalan dah ni, so dengan berat hati kita diharap sila tinggalkan apa yang kita sedang berdiskusi sekarang ni ye. Okay, so hari ni kan topik kita pasal lagu 'toire no kamisama' kan tadi, so first first sekali saya nak lah introduce pada awak awak semua pasal artis yang menyanyi dalam lagu ni. And, for THE MOMENT OF TRUTH, nama artis yang menyanyi ni Kana Uemura. Artis ni pompuan perempuan. Dia tak adalah popular sangat sebelum ni. Mungkin lagu 'toire no kamisama' ni bawa LUCK pada dia.
Bagi sesiapa yang tak tahu apa maksud 'toire no kamisama', ia bermaksud 'tuhan tandas' atau dalam bahasa englishnya ia bermaksud 'goddess of toilet'. Please, awak awak semua please sangat jangan fikir negatif dan jangan gelak. Ini tak lawak ok! Tajuk lagu dia macam tu sebab lagu ni berkisar pasal kita mestilah jaga kebersihan tandas. Tandas pun patut dibersihkan sebab kita patut anggap yang tandas pun tempat suci yang kita tak patut biar kotor je. Lepas ni awak awak semua bolehlah cuba cari dalam 'youtube'. Saya tak nak sertakan video lagu ni sebab saya nak awak semua exercise tangan sikitpergi cari sendiri. Alah, apa susah! Tulis je pada laman address di atas youtube.com. Lepas tu tulis la Toire no kamisama. And then, pilihlah nak ada subtitle ke tak. Kan dah boleh dengar! ^_^
Ni ada nak bagi biodata sikit. Sudi sudikanlah membaca ye:
Nama: Kana Uemura
Tarikh lahir: 4 Januari 1983
Umur pada tahun ini: 29 tahun
Itu je lah yang saya dapat hasil research saya yang tak seberapa ni.
Tapi, nak cakap tulis sikit lah pasal lagu ni kan. Lagu ni memang buat saya tersentuh jiwa bakul raga saya tau! Sedih sangat. Mehlah saya bagi sinopsis lagu tu sikit. Saya kan bertimbamg rasa orangnya (peace), takkan biar awak semua tertanya-tanya. Kalau awak awak semua tak menangis atau tersentuh walau sikit pun, memang awak ni keras hati, jadi doalah banyak banyak supaya dilembutkan hati tu. Walaupun nanti dalam video ni ada sikit 'subtitle' yang hilang (kalau pilih yang ada subtitle lah), tapi tak apa, kita still boleh menghayati.
Ni nak bagi sinopsis sikit. Lagu tu pasal ada seorang nenek dan cucu perempuan dia, alah... malaslah nak terangkan. Awak semua tengok jelah dulu video tu, nanti awak fahamlah sendiri. Bagi yang tak faham tu, sila suruh sesiapa tolong 'translate'kan untuk awak. Okay, sampai di sini dulu lah ye, semoga kita jumpa lagi. Bye bye.
Ni lah Kana Uemura. Kirei desu ka? Cantik kan?
Salam Hormat;
JapanLover


No comments:
Post a Comment