Friday, 30 March 2012

Aya Tademaru = あや たでまる

   Hai! Bertemu lagi kita dalam blog saya yang serba indah ni! Seperti yang memang tertera pada tajuk, memang saya berniat nak tulis mengenai Aya Tademaru. Eh, memang la nak tulis pasal Aya ni sebab tu buat tajuk macam tu kan? Hmmmm :-/ Kira niat juga lah kan sebab tak tulis lagi! Tapi, nak mula atau hajimemasu lah ni! Boleh kira niat ke tu? Ahhh, buat apa fikir benda tak penting macam tu, buat serabut kepala otak aja!

   Sebelum saya mula, saya ni teringin sangat nak tanya (teringin sangat ke) pada para pembaca semua yang sudi membaca blog ini, sudah lah tu merepek! Saya rasa saya teringin sangat makan kerepek terutama kerepek pisang (sibuk nak cakap) jadi mula lah saya merepek macam ni! Okay, berhentilah kamu sebelum kamu diberhentikan! Aik? Macam mana nak diberhentikan? Buahhahahaha! [gelak besar] Ingat lawak sangat lah macam tu? (Marah diri sendiri)

   Okay, sekarang saya  nak kembali ke pangkal jalan iaitu nak tanya awak semua, awak semua kenal ke Aya Tademaru? Atau Haruka Ayase? Yang tahu tu baguslah! Omedetou! Yang tak tahu tu saya nak bagitahu lah ni! Jadi, yang tahu tu sila lah buat - buat tak tahu KALAU nak baca post atau entry ni. Kalau tak nak baca, tutup je lah blog ni dan buka lagi bila rasa saya dah update yang baru nanti... Buahhahahaha / Muahhahahaha!

   Jadi, kepada para pembaca sekalian, inilah apa yang saya tahu mengenai Aya Tademaru atau Haruka Ayase. Sila lah hayati dan fahami betul - betul sepenuh jiwa dan bakul raga anda! Please enjoy yourself while reading this entry! (tiru gaya stewardess sambil senyum gaya stewardess yang tak berapa menjadi)


Kirei desune! Tak perlu pun pakai make-up tebal-tebal, nampak dah serinya!
Nama: Aya Tademaru
Nama popular: Haruka Ayase
Kerjaya: Model, penyanyi, pelakon
Tarikh lahir: 24 Mac 1985
Tempat lahir: Asaminami-ku, Hiroshima City, Hiroshima, Jepun
*Buat pengetahuan awak semua, nama tempat-ku digunakan untuk sebut tempat di bawah daerah, contohnya Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
Umur pada tahun ini: 27 tahun
Tinggi: 165 cm (saya lagi rendah)
Berat: Tak tahu sebab berat kita kan berubah-ubah dan dia memang tak tulis
Jenis darah: B (tak tahu pula B positif ke negatif)


   Untuk pengetahuan awak, Aya Tademaru pernah jadi duta iklan SK-II suatu masa dulu, tapi tak adalah lama sangat, masa 2008 kot! Buahhahahaha :p

   Dia ni memang popular di Jepun dan di negara lain, macam negara kita kan? Mestilah kita kenal dia sebab melalui iklan SK-II yang setiap hari kita tengok tu kan, kadang - kadang sampai muak tengok iklan tu sebab selalu sangat tengok! Buahhahahaha! Dia ni banyak berlakon tahu? Sama ada filem atau drama, dua - dua dia berlakon! Yang saya dah tengok satu je dalam banyak- banyak tu! Tajuknya Happy Flight. Cerita tu tergolong dalam derita yang seronok juga lah dalam Koleksi Cerita-Cerita Menarik yang saya buat dan disimpan dalam otak saya yang cerdas ini (perasan)

   Happy Flight tu dikeluarkan pada tahun 2008. Hmmm, tak lah baru sangat, tapi tak adalah lama sangat kan?

    Ok, bye dulu!


*Sebenarnya tadi saya nak tulis mengenai Ayumi Hamasaki tapi terpaksa di'delay'kan dulu sebab nak bagi laluan untuk Aya Tademaru.




Salam Hormat;
JapanLover

Ju-on:The Curse

   Awak!!! Hari ni saya buka youtube, konon nak cari lagu untuk adik punya blog [jadi kakak yang baik sekejap]. Tapi, hati tiba-tiba je terbuka nak menonton cerita seram...

   So, dengan beraninya saya cubalah search ju-on. Sebeb orang kata cerita Ju-on ni seram. Jadi nak jugalah cuba tengok tu. Masa mula-mula tu tak adalah seronok atau seram sangat pun, tapi lama-lama tu seramnya mula nampak. Maksudnya, mula lah nampak wajah - seram atau hantu tu. Alah, tak lama part tak seram tu! Banyaknya part seram je. Mestilah banyak part seram sebab nama pun cerita seram kan? Walaupun bagi saya tak seram pun! Hikhik... Macam tersedu pula cara gelak tu, jadi nak sambung guna Buahhahaha!

   Ju-on yang saya buka ni bukan tajuknya Ju-on je, tapi ada perkataan The Curse di belakang perkataan Ju-on tu. Haaa... macam dalam tajuk ni lah! Muahhahaha (tukar daripada Buahhahaha)! Walaupun saya tak dapat point langsung apa cerita ni punya point tapi yang pasti memang saya tak kecut! ~_~ (nampak sangat 'boasting').

  
   Dalam gambar ni macam kabur-kabur sikit kan? Tapi masih boleh nampak orang yang ada dalam gambar, so bolehlah tu... Jadi, bukalah youtube untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cerita ini!

   For you information, yang ni adalah kronologi cerita ni! Sila lah buka youtube kalau nak tengok. Bagi peminat cerita seram yang memang FANATIK, disaran janganlah search kerana mengelak anda 'menyumpah - nyumpah' cerita tu sebab cerita tu tak seram sangat atau memang tak seram langsung! Eleh, tadi kata nak elak orang menyumpah - nyumpah tapi diri sendiri yang menyumpah tu tak apa pula ye? (I'm so mad and fed up with myself tahu) Hmm, sedih sedih. Huhu :'(

   Dakara, sampai sini dulu lah entry saya kali ini! Lain kali saya akan tulis entry yang lebih baik dan lebih berinformasi dari yang ini... Ja mata!




Salam Hormat;
JapanLover

Wednesday, 28 March 2012

Shinkansen - しんかんせん

   Hai awak semua! Awak semua rindu tak dekat post - post saya yang mencuit hati sambil berinformasi ni? Kalau rindu sila lah simpan dalam hati dan yang tak rindu tu sila lah simpan dalam hati juga ye ^_^ (buahhahahahahahahaha)

   Maklumlah, dah hampir seminggu juga saya menghilangkan diri tanpa ada sebarang berita dan notis pemberitahuan. Yang sebenarnya ada kisah disebalik tak update blog ni tahu. Memanglah ada kisah disebalik sesuatu yang terjadi kan, tak pernah tak ada kisah disebalik sesuatu perkara kan? Kucing beranak pun ada juga kisahnya yang tersendiri kan?

   Ok, macam ni lah, saya nak terus cerita lah kenapa saya tak update blog lama sangat (rasanya tak lah lama sangat). Yang sebenarnya, broadband rosak. Hancur berkecai. Terpatah dua. Siapa buat? Adik I lah... Buat pengetahuan awak semua, adik saya ni memang ganas sikit (ehem) SANGAT! Genetik lah tu... Persis kakaknya yang seorang ni.

   Sudahlah tu bercoret pasal diri sendiri, macam nak buat ruang 'di sebalik tabir' pula kan? Hari ni saya nak coret moret pasal satu benda ni, ada di Jepun sana (memang lah di Jepun, blog ni memang untuk mempromosi Jepun pun). Sebenarnya tak tepat sangat tahu kalau kita panggil 'benda' sebab benda ni besar dan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain (mainan pun boleh buat macam tu).

   Tapi, tak kisah lah nak sebut apa pun asalkan diri ini bahagia... Buahhahaha! Tapi kan, memang dah terpampang pada tajuk tu yang saya nak bincang mengenai Shinkansen. Awak semua ni tahu tidak apa itu Shinkansen?

   For your information, cewah nak 'speaking' pula minah kawaii ni. Cakaplah Bahasa Melayu, bukankah Bahasa Jiwa Bangsa? Jadi, berbangga lah dengan bahasa kita sekarang. Sekurang - kurangnya tak adalah kita 'menumpang' bahasa orang lain kan? Tak payahlah kita nak sangat cakap English kalau dah tak tahu tu kan? Cakap je Bahasa Melayu atau singkatannya BM. Wah! Tiba - tiba saya menjadi seorang yang berjiwa patriotisme dan mempunyai semangat nasionalisme!


Shinkansen

   Okay, kita pergi teruslah pada topik kita untuk kali ini! Hari ini, cikgu yang kalian sayangi sekalian akan mengajar kamu semua mengenai Shinkansen. Shinkansen ni macam keretapi atau kereta api atau train. Tapi, beza Shinkansen di Jepun dan keretapi yang ada di negara kita ialah Shinkansen lebih berteknologi dari keretapi kita. Shinkansen juga mempunyai muncung panjang dan ada dua kepala. Kan ada satu keretapi punya spesies juga lah, dia punya rupa macam Shinkansen. Ada muncung dan dua kepala. Saya agak mesti dia ambil idea dari Shinkansen.

   Inilah hasil titik peluh saya dalam mencari maklumat mengenai Shinkansen ni! Silalah hayati dengan sepenuh jiwa dan raga ye!
1) Shinkansen berasal dari negara Jepun. (semua orang tahu tu. Baru je tadi cakap)
2) Juga dikenali sebagai 'Bullet Train' sebab shinkansen ni laju. Laju daripada keretapi! WOW [terbeliak biji mata sekarang]
3) Shinkansen pertama namanya 'Tokaido Shinkansen' pada tahun 1964.
4) Shinkansen bermaksud new trunk line. Sebenarnya cakap Bahasa Inggeris ni tadi sebab tak tahu nak 'translate'. Buahhahaha. Yang saya tahu, sebenarnya shinkansen tu merujuk kepada railway track atau landasan tapi nama 'Shinkansen' terkenal sama ada di luar atau dalam Jepun. Mungkin sebab sedap agaknya panggil 'Shinkansen'.
5) Tokaido Shinkansen adalah yang paling sibuk di seantero dunia. Maksudnya Tokaido Shinkansen ni dah memperbanyak cawangan lah.
6) Membawa penumpang seramai 151 juta penumpang (March 2008), maksudnya Tokaido Shinkansen ni dah bawa lebih kurang empat hingga enam billion penumpang setahun. WOW!!! Dan tak ada lagi (setakat tahun tu) keretapi laju yang boleh bawa penumpang seramai tu. WOW!!!  [biji mataku terbeliak lagi dua kali, nasib baik tak terkeluar terus]
7) Dah habis dah! Kalau nak lebih lagi silalah pergi ke website ini: www.wikipedia.org dan search SHINKANSEN (tapi tak payah lah nak tulis semua huruf besar, tulis je semua huruf kecil).

   Okay, itu saja lah informasi yang saya dapat berikan kepada anda semua. Semoga bergembira baca entri saya yang menghiburkan diri ini.




Salam Hormat;
JapanLover

Tuesday, 6 March 2012

Nanako Matsushima (ななこ まつしま)

   Hai awak. Kita jumpa lagi... Seronok tak tengok saya punya blog ni? Kalau suka sila lah FOLLOW saya dan anda akan tahu bila ada benda baru yang akan saya update nanti! Waaa, sugoi desu ne! Mutiara kata dari saya, marilah kita beramai-ramai meng'imarahkan blog ini... *meng'imarah tu maksudnya memeriahkan la* Okay, hari ni saya nak update pasal seorang model dan actress ni. Awak semua pernah dengar tak nama Nanako Matsushima? Tapi, kini benda tu tak penting lagi, sebab saya dah takkan kisah kalau awak dah tau ke belum. Apa saya tau, saya nak tip tap pasal actress ni.

   Buat pengetahuan awak semua, dia ni mula kerja sebagai model. Awak nak tengok tak gambar dia? Saya konfem dia memang kirei tau. Kata orang Jepun 'Kirei desu ne!'. Ni lah apa yang saya dapat hasil 'research' saya dalam internet ni n lepas tension dan berserabut kepala cari bahan sampai rambut dah kusut masai dah. p/s nasib baik rambut pendek, senang sikit nak atur balik. Hehe. Singgah R&R jap tadi. Sorry kalau awak tension sangat saya asyik tak mula bertalking pasal isu hari ni. Rasanya lah hari ni mana ada isu kan. Topik sebenarnya... Okay, kita start sekarang. Okay ini gambar dia:

Inilah Nanako Matsushima

   Apa pendapat awak awak semua? Kirei desu ka? Cantik tak? Kalau saya saya memang RATE 5 bintang. Saya rasa kalau awak ni budak laki, awak akan terpikat dan tak nak lepaskan mata tengok dia ni! Itu dah pasti! Cewah, macam lah boleh tilik nasib orang kan? Buahhahaha (Buah+hahaha)

   Kalau awak ada boyfriend, mesti dia pun akan tinggalkan awak demi mengejar cinta Nanako! Buahhahaha (lagi)! Kalau saya, saya memang tak ada boyfriend lagi... Nak kata saya tak cantik, ada lah juga rupa tu. Ada juga kawan komen yang saya cantik (perasan)! Nak kata tak ada peminat, ada juga (perasan lagi). Tapi, tu memang FACT tahu, apart from yang isu cantik tu lah.

   Tapi, setakat ni, tak ada seorang pun yang berani tampil jumpa or bagi surat pada saya kata I love U.  Dan, awak tahu, saya suka macam tu! Sebab kalau ada orang berani cakap I love U kat saya or nk mintak kapel saya memang akan lontar bom atom ikhlas dari hati saya sampai dia takut dengan saya. Mungkin depan saya nampak soft, tak cepat marah, suka senyum dan CUTE (perasan lagi). Tapi, belakang diorang tak tahu yang saya ni selalu je marah adik dan susah betul nak senyum tahu! Kalau ada suami nanti saya pasti dia nak cepat - cepat je minta cerai. Buahhahahah. Okay, saya rasa dah enough lah tu cakap pasal diri saya kan? Kita terus pada biodata Nanako ni ye?

Nama: Nanako Mitsushima
Tarikh lahir: 13 Oktober (sama dengan saya) 1973
Umur pada tahun ni: 39 tahun
Start popular: 1996
Pernah berlakon cerita:
1996 - Himawari (Sunflower)
1996 - Ring (popular kat Jepun and USA)
1997 - A Story of Love
1998 - Great Teacher Onizuka (popular kat Jepun)
Tarikh perkahwinan: 21 Februari 2001
Nama suami: Takashi Sorimachi (co-star dalam Great Teacher Onizuka)

   Buat pengetahuan awak semua, lepas cerita Great Teacher Onizuka keluar TV, Nanako jadi actress yang paling mahal bayarannya di Jepun sana tu. And then, semua cerita yang dia berlakon semua dapat sambutan! Macam Izara Aisyah or Neelofa kan? Okay, bye awak semua! Semoga jumpa lagi... Bye. Salam 1 Malaysia. Muah! Sayang awak semua! Take care. Buahhahahahah!




Salam Hormat;
JapanLover

Monday, 5 March 2012

Ikebana - いけばな

Heika

Moribana

   Hai, awak. Gediknya! Kali ni saya nak cerita atau talking-talking or yang sebenarnya mahu bercoret pasal Ikebana. Awak awak semua tau tak apakah gerangan Ikebana? Siapa yang tahu tu saya tabik sangat. Memang awak golongan terpelajar dan tak macam katak bawah tempurung.

   Yang tak tahu tu jangan pula nak berkecil hati, awak bukanlah golongan tak terpelajar oatau katak bawah tempurung, cuma mungkin ilmu tak cukup di dada. Buahhahaha (buah+hahaha). Jahat sungguh saya ni, nama je Miss Kawaii tapi perangai langsung tak 'adorable'.

   And, saya nak lah tulis sikit, ni FACT ok! Kalau awak tak terpelajar, of course awak tak tahu membaca blog ni kan. And even tak tahu membaca langsung. Okay, sekarang, I must stop annoying people yang tak berdosa langsung ni.

   Okay, now saya nak terangkanlah pasal apa dia Ikebana ni. Buat pengetahuan anda semua yang tahu dan tak tahu, Ikebana ialah seni hias bunga tradisional orang jepun dulu-dulu kalau nak hias rumah, atau ada occasion penting and something like that la.

   Secara asasnya, Ikebana mesti ada tiga bunga yang mewakili 1 keluarga, iaitu chichi (ayah), haha (mak), and also watashi (saya). Susunan bunga tu mestilah akan membentuk segi tiga kalau pandang dari atas. Nak cucuk bunga buat Ikebana ni sebenarnya ada guna something yang rupa dia macam paku pun ada, nak cakap macam sikat yang gemuk tu pun boleh. Lupa pula namanya. Nampak sangat kena ALZHEIMER.

   Selepas itu, benda macam paku tu dimasukkan dalam satu bekas yang ada air dalam pasu atau bekas leper. Ikebana ada dua jenis, MORIBANA dan HEIKA. Heika ni 'complicated' sikit lah daripada Moribana. Tapi Heika tak perlu guna paku dan air yang saya cakap tu. Heika guna pasu. Moribana ni kira asas kepada sesiapa yang nak belajar Ikebana lah.

   Dan heika juga tak perlu guna benda macam paku tu. Tapi kalau nak guna tak salah. Yang si ayah ni, bunganya mestilah yang paling panjang dan paling belakang sekali. Bunganya straight je. No bengkok bengkok. Mak bunga pula berada dihadapan ayah bunga dan 45 darjah ke tepi. Si anak bunga iaitu yang paling depan sekali, dia yang paling pendek dan bila disusun 60 darjah ke DEPAN.

   TAPI make sure jangan pendek sangat potong tu. So, maksudnya, anak bunga tu yang menghadap orang yang buat. Contohnya macam gambar di atas ni ok. Mungkin tak cantik sangat tapi still kita boleh nampak 'keluarga bunga' tu kan? Okay, saya sayang awak awak semua. Kalau awak terbuka hati nak buat Ikebana ni saya nak ucapkan GANBATTE KUDASAI buat awak. Okay, jumpa bila-bila saya ada masa lapang lagi. Bye. Sayounara.




Salam Hormat;
JapanLover

Saturday, 3 March 2012

Toire no kamisama (トイレ の かみさま)

   Siapa antara anda semua dah dengar lagu 'toire no kamisama'? Sila simpan dalam hati. Sebab nanti kalau jawab or angkat tangan atau angguk-angguk kepala nanti chichi (ayah), haha (mak), atau kazoku (semua anggota keluarga) fikir yang awak gila. Siapa yang kena tanggungjawab? Miss Kawaii kita ni juga kena ambil tanggungjawab walaupun tak ready dan tak sanggup ambil tanggungjawab ni. Kesian kan? Tak pasal-pasal nanti saya juga kena tanggung biaya awak di hospital bahagia nanti. Sedih saya! Saya ni masih budak sekolah lagi, tanggungjawab saya hanya belajar, tak terikat lagi dengan tanggungjawab besar macam tu lagi!

   Ok, saya dah nak kembali ke pangkal jalan dah ni, so dengan berat hati kita diharap sila tinggalkan apa yang kita sedang berdiskusi sekarang ni ye. Okay, so hari ni kan topik kita pasal lagu 'toire no kamisama' kan tadi, so first first sekali saya nak lah introduce pada awak awak semua pasal artis yang menyanyi dalam lagu ni. And, for THE MOMENT OF TRUTH, nama artis yang menyanyi ni Kana Uemura. Artis ni pompuan perempuan. Dia tak adalah popular sangat sebelum ni. Mungkin lagu 'toire no kamisama' ni bawa LUCK pada dia.

   Bagi sesiapa yang tak tahu apa maksud 'toire no kamisama', ia bermaksud 'tuhan tandas' atau dalam bahasa englishnya ia bermaksud 'goddess of toilet'. Please, awak awak semua please sangat jangan fikir negatif dan jangan gelak. Ini tak lawak ok! Tajuk lagu dia macam tu sebab lagu ni berkisar pasal kita mestilah jaga kebersihan tandas. Tandas pun patut dibersihkan sebab kita patut anggap yang tandas pun tempat suci yang kita tak patut biar kotor je. Lepas ni awak awak semua bolehlah cuba cari dalam 'youtube'. Saya tak nak sertakan video lagu ni sebab saya nak awak semua exercise tangan sikitpergi cari sendiri. Alah, apa susah! Tulis je pada laman address di atas youtube.com. Lepas tu tulis la Toire no kamisama. And then, pilihlah nak ada subtitle ke tak. Kan dah boleh dengar! ^_^

   Ni ada nak bagi biodata sikit. Sudi sudikanlah membaca ye:

Nama: Kana Uemura
Tarikh lahir: 4 Januari 1983
Umur pada tahun ini: 29 tahun

   Itu je lah yang saya dapat hasil research saya yang tak seberapa ni.

   Tapi, nak cakap tulis sikit lah pasal lagu ni kan. Lagu ni memang buat saya tersentuh jiwa bakul raga saya tau! Sedih sangat. Mehlah saya bagi sinopsis lagu tu sikit. Saya kan bertimbamg rasa orangnya (peace), takkan biar awak semua tertanya-tanya. Kalau awak awak semua tak menangis atau tersentuh walau sikit pun, memang awak ni keras hati, jadi doalah banyak banyak supaya dilembutkan hati tu. Walaupun nanti dalam video ni ada sikit 'subtitle' yang hilang (kalau pilih yang ada subtitle lah), tapi tak apa, kita still boleh menghayati.

   Ni nak bagi sinopsis sikit. Lagu tu pasal ada seorang nenek dan cucu perempuan dia, alah... malaslah nak terangkan. Awak semua tengok jelah dulu video tu, nanti awak fahamlah sendiri. Bagi yang tak faham tu, sila suruh sesiapa tolong 'translate'kan untuk awak. Okay, sampai di sini dulu lah ye, semoga kita jumpa lagi. Bye bye.


Ni lah Kana Uemura. Kirei desu ka? Cantik kan?





Salam Hormat;
JapanLover

Friday, 2 March 2012

Pengenalan kepada negara Jepun






   Hai awak semua. Bertemu lagi kita dalam blog saya yang cantik dan cute ni. Dengan warnanya yang terang dan agak girlish walaupun tak ada warna pink. Tapi kan warna girlish tak semestinya menunjukkan warna pink. Warna - warna lembut yang nampak soft (warna lembut memang nampak soft pun, tiada yang nampak terang) semuanya warna yang bolehlah dikategorikan warna girlish. HikHik. 

   Dan sebagai pengenalan kepada negara Matahari Terbit ini, saya mahu kamu semua berkenalan dengan negara Jepun dahulu. Alah, yang basic - basic je, seperti dalam gambar dan video yang tertera di atas. Mula - mula saya nak perkenalkan kamu dengan pulau - pulau yang ada di Jepun sana. Jepun terdiri daripada 4 buah pulau yang besar yang sememangnya kita boleh nampak walau orang bermata empat sekalipun. Macam yang anda semua boleh baca, nama pulau - pulau tu adalah Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.

   Agak - agak awak semua lah kan, Tokyo di pulau yang mana satu? Jawapannya, Tokyo di pulau Honshu. Tengok dalam gambar tu semula, tu yang paling besar tu lah pulau Honshu. Tokyo berjiran dengan Saitama dan Kanagawa. Kalau ada orang tanya Saitama atau Kanagawa atau Saitama dan Kanagawa di mana, awak jawablah jiran Tokyo. Kan dah boleh tunjuk pandai pada kawan tu. Sekaligus menambahkan berkat pada ilmu tu. Kan dalam Islam ada kata jangan kita simpan ilmu yang kita dapat sebab nanti hilang keberkatan ilmu tu. Malah, kalau kita berkongsi ilmu dengan orang lain, ilmu tu akan melekat dalam kepala otak kita sampai bila - bila selagi kita kongsi ilmu tu dengan orang lain. 

   Okay, cukuplah bercoret mengenai pulau dan ka ba ra ka ta nun. Heheh. Cuba teka apa tu... haha!! Kepada sesiapa yang dah tahu tu sila simpan dalam hati. Sebab kalau cakap pun tak guna kan, bukan saya boleh dengar pun. Okay, saya bagitahu lah kepada yang tak tahu (mengalah sebab tak nak awak menangis ^_^). Ka ba ra ka ta nun tu keberkatan. Aaaaaaaarrh, kenapa saya sibuk sangat membebel pasal ka ba ra ka ta nun panjang - panjang! Kan ada benda yang belum selesai lagi.

   Ok, sekarang saya nak share dengan awak semua mengenai lagu kebangsaan Jepun. Tajuk lagu ni Kimi ga yo. Yang video di atas sekali tu lah video lagu Kimi ga yo. Dalam video tu awak awak semua boleh mendengar lagu Kimi ga yo berserta 'subtitle'nya. Jadi tak perlu lah saya bersusah payah tulis dan terang maksud lagu tu. Peace. Buat pengetahuan awak awak, lagu Kimi ga yo ni dah disenarai sebagai SALAH SATU lagu terpendek di dunia. Lagu ni juga adalah salah satu identiti bagi negara Jepun (semua orang tahu tu). 

   Sejarah lagu ni adalah ia mula dinyanyikan semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji. Nanti bila - bila saya akan tulis mengenai Mikado Meiji pula. Tak boleh semua sekarang. Nanti habis modal nak cerita kan. Dan lagu ni sebenarnya sajak cinta atau love poem yang ditulis oleh tak ingat lah nama dia. 

   Okay, sampai di sini dahulu entry saya kali ini. Moga bertemu lagi dalam entry akan datang.




Salam Hormat;
JapanLover

Youkoso = ようこそ

   Hai semua. Seperti yang tertera pada address saya, sudah terbukti yang saya sememangnya seorang salah seorang peminat Jepun. Maksudnya, saya meminati apa saja yang ada pada Jepun, termasuklah produk - produk hingga kepada makanan.

   Nak tau kenapa nama saya JapanLover? Yang taknak tahu tu duduk diam-diam, jangan kacau orang yang nak tau sangat nih! Lek arh, jangan memarah kak... Muka cepat tua nanti, asyik berkerut je. Sebab saya pilih nama JapanLover tu sebab saya minat Jepunlah, apa lagi kalau bukan yang satu tu. Saya tahu yang sekarang ni 1 Malaysia minat sangat dengan Kpop, tapi apa salahnya kalau saya still melekat kat Jepun. Walaupun muka tu takdelah langsung muka Japan. Huhu. Sedihnyaaaaaa. Tapi, memang tak salah kan kalau kita minat Jepun. Lagipun Jepun kan negara jiran Korea. Dekat-dekat lah kan. Lagipun, culture diorang nak dekat sama saya perhati.

   So, dalam blog ni, saya akan beri info - info berguna kepada para pembaca semua ya. Itu dah saya memang konfem tau. Ceh, overconfident pula kan? Hm, dah describe diri saya lah tu kan? Tapi takpe, saya tak kisah pun. Memang saya seorang yang overkonfident. Okay, pada hari ini, iaitu hari kelahiran blog saya yang cantik nih (perasan), saya ingin bercakap [menulis] serba sedikit mengenai diri saya yang kawaii ni (sungguh2 perasan)! Okay, saya taklah kawaii mana pun, tapi sekurang-kurangnya ada lah jugak kawaiinya. Kan ok tu. Walaupun sikit je kawaiinya tu... Har har har! Gelak besar nampak... Okay, buat sesiapa yang tak tahu maksud kawaii, kawaii bermaksud comel. Yang tak tahu comel, comel ialah cute. Yang tak tahu cute, aaaaaa... Dah tak tahu bahasa apa nak guna dah.

   Okay, kita kembali ke topik asal kita ya. Ehey, teruk betul saya ni kan, dah jauh pula tersesat ni. Nasib baik tak sesat jalan. HeheHarharhar. Okay, objektif saya buat blog nih untuk me'reveal' apa yang terpendam bawah tanah di Jepun sana tu. Maksudnya, saya akan merungkai sedalam - dalamnya dengan segala kudrat yang saya ada (ceh, guna ayat puitis pula) untuk mencari dan seterusnya membincangkan dengan awak semua. Bukannya nak gali dalam tanah. Bukan jumpa apa pun. Saya pun masih di Malaysia, tak pergi mana - mana pun dan masih pelajar sekolah menengah lagi, ada hati nak pergi Japan. Sabar dulu, ada rezeki dapatlah.

   Walaupun awak awak semua tu tahu yang Japan memang well-known di mata dunia, pada fikiran saya mungkin sebab sushi dan makanan Jepun yang lain, tapi banyak sangat lagi yang awak semua tak tau apa yang ada inside Japan tahu? Contohnya, 'Ikebana'. Awak awak semua tahu ke apa Ikebana tu. Tak tahu kan? Tak tahu takpe, nanti saya akan kongsi dengan lebih lanjut pasal Ikebana ni. Kenapa tak sekarang? Sebab nanti habis modal saya nak cakap pasal Japan ni, boring pula awak semua nanti.

   Uih, panjang sungguh post pertama saya ni. Panjang sangat ke? Mungkin saya je yang rasa post ni panjang. Sebab dah malas nak luangkan masa menaip dan menceceh bukan - bukan. Esok esok kalau panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi. Bye. See you next time! Sayounara!

*Haiya, tahap ke-tiadapendirian saya semakin teruk, perlu jumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan segera. Yang tiada pendirian tu sebab sekejap tulis Jepun, sekejap jadi Japan, sekejap jadi Jepun lagi dan seterusnya Japan. So, saya rasa nak ambil jalan mudah nak tulis Jepan atau Japun. Mana lagi sedap? Tapi, takut pula ada orang tak faham kan? Ok, tak apa. Kita tetap teruskan panggil Jepun dan Japan. Kalau nak panggil Nihon atau Nippon nanti ada pula yang tak tahu.




Salam Hormat;
JapanLover
All Right Reserved by Japan Lover. NO COPYCATS ALLOWED!