Salam sejahtera diucapkan olah saya, Miss Kawaii atau JapanLover kepada anda di luar sana yang sudi menjenguk dan membaca walau sekali imbas di blog saya. Kalau anda merasakan yang blog saya ini penuh dengan unsur gedik dan perasan, sila lah tekan butang X yang berwarna MERAH untuk tidak melihat unsur kegedikan dan ke-perasan-an yang ada di dalam blog ini. Kalau anda buka tab yang lain, tekanlah butang X yang ada ya.
Ok, cukuplah tu saya [buat - buat] berkecil hati. Topik yang akan saya bincang dan kongsi pada hari ini bersama anda semua adalah topik tentang seni mempertahankan diri (tajuk besar). Tajuk kecilnya mengenai Jujutsu. Saya MENG-ANDAIKAN bahawa anda tidak tahu apa itu Jujutsu. Ini mungkin kerana Jujutsu jarang diperkata oleh masyarakat di negara kita yang tercinta ini. Tercinta sangat ke? Mestilah tercinta! Kita sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan di sini tahu? Ramai lagi orang di negara lain yang meng-idam idam nak jadi warganegara di negara kita tahu?
Jujutsu atau じゅうじゅつ adalah satu seni mempertahankan diri yang mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1532 oleh Hisamori Takeuchi (ひさもり たけうち). Beliau merupakan seorang (memanglah seorang takkan seekor pula) pereka taktik perang.
Secara asasnya, Jujutsu merupakan seni mempertahankan diri yang menekankan teknik defense atau pertahanan dan menggunakan 'Yawara-gi' (やわらーぎ) atau teknik - teknik yang bersifat fleksibel, dimana serangan lawan tidak menggunakan kekuatan, selain kita tipu lawan kita supaya serangan yang lawan kita guna tadi untuk serang kita boleh digunakan untuk kalahkan lawan kita. Faham tak maksudnya? Macam ni, katakanlah yang kita sedang berlawan sekarang ni, kalau berlawan mestilah ada lawan kan? Nama pun 'berlawan'. Buahhahahaha! Gelaklah dengan lawak sendiri. Macam lawak sangat. Ok, lawan kita menggunakan serangannya untuk mengalahkan kita, kita pula defend diri kita, tak semestinya mengelak tahu! Bukannya kita tiru atau copy balik apa yang lawan kita buat.
Teknik - teknik yang boleh digunakan dalam Jujutsu ni banyak, tapi yang besarnya ada beberapa. Typicallah tu kan? Memang semua benda macam tu. Ada tajuk paling besar, diikuti tajuk besar, selepas itu tajuk sederhana besar sampailah tajuk paling kecil. Teknik - teknik besar dalam Jujutsu ialah atemi-waza (あてみわざ) atau blow technique. Blow technique bukan teknik tiup yang bermaksud tiup pihak lawan tetapi bermaksud menyerang bahagian yang lemah pada pihak lawan.
Kedua, kansetsu-waza (かんせつわざ) yang bermaksud locking technique. Yang ini saya memang pasti semua orang tahu maksudnya. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Yelah, bumi dah berubah, dunia dah maju... Eh, betul ke ayat saya? Yang tak tahu, dipersilakan bertanya pada yang tahu, contohnya dictionary. Buahhahahahaha! Lawak sangat lah tu... Bagi yang tahu mahupun tak tahu, saya tetap akan tulis juga huraiannya. Locking technique bermaksud mengunci per-sendi-an pihak lawan. Faham tak? Aiyoyo, itu pun tarak faham ka? Aiyo, amma appa! Maksudnya, lebih kurang macam kita cramkan lawan kita tu.
Ketiga, nage-waza (なげわざ) iaitu throw atau menjatuhkan lawan. Kan memang selalu kita nampak sama ada dalam google image atau televisyen orang jatuhkan lawan dia melalui belakang dia bawa ke depan macam angkat dari belakang dan lepas tu humban. Humban? Macam kasar sangat perkataan tu kan? Tapi itulah perkataan yang paling saya rasa sesuai. Kuahhahahahaha (gelak baru)! Ada faham? Kalau tak faham juga, nanti saya 'tolong' buat demonstration percuma sambil praktikkan ilmu tu dengan awak yang tak faham tu. Ye lah, apa guna sesuatu ilmu tu kalau tak digunakan dan dipraktikkan, kan? Teknik nage-waza atau istilah saya teknik humban tu saya tunjuk dalam gambar di bawah ni ye! Teknik lain tu melibatkan bahagian dalaman badan, jadi tak nampak sangat..

Keempat, dah tak ada dah. Tiga je. Itu pun dah panjang lebar dah saya terangkan. Siap ada lawak bodoh dan huraian lagi. Ditambah pula dengan tulisan Bahasa Jepun yang saya bagi untuk awak semua. Wah! Macam pakej pula ya! Buahhahahaha! Muahhahahaha! Kuahhahahahaha (kuah+hahahahaha)!
Teknik - teknik yang saya kongsikan tadi sebenarnya lahir daripada cara pembelaa diri para Samurai (さむらい) apabila mereka kehilangan pedang atau tidak mahu meninggalkan luka dan kecacatan atau tidak mahu membunuh lawan mereka.
Buat pengetahuan am awak semua, daripada seni beladiri Jujutsu ni lahir lah dua lagi seni beladiri iaitu Aikido dan Judo. Dua tu akan saya kongsikan nanti bila - bila masa yang saya suka!
Salam Hormat;
JapanLover