Bertemu lagi kita dalam blog saya yang memang sudah sedia maklum memang cantik ini! Perasan 3 saat sekejap. Okay, sekarang dah 3 saat dan tak perasan dah sekarang! Kalau awak rasa blog saya ni tak cantik, saya cuma nak tulis, blog ini adalah blog yang memberi informasi, bukan bukan display case nak tayang - tayang blog siapa yang paling cantik, menarik, tertarik. Apa saya tahu, blog ini cantik pada pandangan mata saya yang agak sepet ini.
Baiklah murid - murid yang pandai lagi bijaksana, hari ini saya akan kongsikan sedikit informasi mengenai PERBEZAAN kimono dan yukata. Hari ini saya akan buat dalam bentuk perenggan pula ye. HARAP MAKLUM. Kalau tiap masa guna point boring pula mata memandang ye tak? Saya rasa awak semua tahu apa itu kimono. Cuma kurang mendalam je, Kalau yang memang dah tahu dengan mendalamnya, saya beri dua pilihan, satu tak kejam dan satu lagi sungguh kejam! Buahhahahaha! Satu, saya beri awak baca apa yang saya tulis dan satu lagi awak dipersilakan pergi melawat blog lain dan kembali lagi ke sini apabila awak rasa saya dah update entri yang baru untuk awak baca! Okay, sekarang saya nak berhenti membebel dan nak teruskan menulis entri untuk tajuk kali ini. Maaflah sebab membebel panjang sangat, pelajaran kita akan dimulakan pada perenggan yang seterusnya. HARAP MAAF diatas percakapan yang tidak berfaedah ini.
Saya mula dengan kimono dahulu. Seperti yang kita semua sedia maklum dan tahu, kimono adalah sejenis pakaian. Kimono juga amat sinonim dengan pakaian perempuan Jepun. Tetapi, tahukah anda bahawa kimono HANYA dipakai pada musim sejuk! Dan, kimono bukan sahaja dipakai oleh kaum perempuan Jepun tetapi lelaki juga memakai kimono. Budak kecil pun ada!
Kimono diperbuat menggunakan kain tebal dan keras. Kimono asalnya bukan nipis dan nampak susuk tubuh seperti sekarang, kimono sebenarnya memang tidak menampakkan susuk tubuh langsung! Saya rasa itu satu kebaikan sebab kita boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa rogol dan sebagainya. Kimono lelaki dan perempuan sememangnya lain. Bagi sesiapa yang tak tahu rupa kimono, di bawah, saya ada tunjukkan beberapa kimono tradisional.
| Contoh kimono lelaki |
| Kimono perempuan |
Tadi kita dah tahu sedikit mengenai kimono, sekarang kita beralih pula ke subtopik seterusnya, iaitu yukata. Saya MENGANDAIKAN bahawa anda semua tidak tahu langsung mengenai yukata. Maklumlah, yukata sering dianggap mempunyai pertalian benang dengan kimono. Sebenarnya, yukata MEMANG ada kaitan dengan kimono, dan yukata digelar 'summer kimono'. Orang Jepun tahu benda ni. Orang kita je yang tak tahu benda ni. Tahukah anda, bahawa yukata adalah yang orang kita selalu perkatakan tapi benda tu kita tangsung tak sedar! Sebab apa saya kata begitu? Sebab kontra dengan kimono, yukata diperbuat daripada kain nipis tapi tak jarang ye! Jangan berfikir negatif! Itulah, orang tak habis cakap lagi dah menyampuk!
Yukata diperbuat daripada kain nipis untuk kegunaan di musim panas. Bukannya tayang badan! Jangan fikir lelaki tak ada yukata! Lelaki pun ada yukata juga, seperti kimono. Sebenarnya, yukata adalah pakaian yang dipakai selepas mandi air panas di Jepun sana. Tapi sekarang yukata dipakai semasa musim panas. Mungkin kerana kainnya yang nipis dan ia memang sesuai digunakan pada musim panas. Gila nak pakai kimono tengah - tengah musim panas! Panas wooooo! Yukata juga berbeza dengan kimono yang tidak menampakkan susuk tubuh. Cuma, tidaklah nampak susuk tubuhnya tu! Ish ish ish, apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang, semuanya nak berfikir negatif! Try to be positive ok!
| Handsome tak aku pakai yukata ni? |
| Sayalah bakal Ratu Cantik Jepun! |
Jadi, dah nampak perbezaan kimono dan yukata. Kalau belum, saya sarankan awak baca semula apa yang telah saya tulis tadi. Bagi yang dah faham, 'omedetou' dan おめでとう untuk awak. Tepuk untuk diri sendiri! Yeay!
Sebenarnya saya nak buat tajuk kimono dan yukata secara berasingan sebab nak memberi khidmat bakti memberi informasi yang banyak sikit mengenai kimono dan juga yukata. Tapi, saya rasa yang memberi pendedahan tentang perbezaan yukata dengan kimono elok didahulukan supaya awak semua tahu apa perbezaan dua pakaian tu! Saya rasa cukuplah dulu saya berceloteh hari ini. Sehingga bertemu lagi di lain hari dan lain waktu dan lain minggu dan lain bulan dan lain tahun. Wah, melebih pula dia ni! Loyar buruk! Orang tak lawat blog dia nanti padan muka!
Salam Hormat;
JapanLover

No comments:
Post a Comment