Friday, 13 April 2012

Harajuku (はらじゅく)

     Tahukah kamu semua apa itu Harajuku? Jika kamu seorang yang suka ambil tahu akan sesuatu perkara walaupun perkara itu tidaklah besar dan popular sekalipun? Ataupun anda jenis yang suka menonton televisyen tidak mengira genre apa pun termasuk dokumentari? Anda mesti tahu apa itu Harajuku. Kepada yang tidak tahu, Harajuku mempunyai dua maksud.
1) Fesyen
2) Nama tempat di Jepun

     Sebelum saya memulakan huraian, saya mahu membuat satu pengakuan. Sebenarnya saya tidak tahu  cara nak menghuraikan sesuatu yang berkenaan dengan fesyen dan pakaian. Seperti yang saya buat dalam entri kimono/yukata. Tak banyak huraian sangat kan? Yang banyak cuma bebelan - bebelan tak berguna! Jadi, saya memohon maaf disebabkan entri yang tidak berapa bagus tu. Kalau awak tak nak baca entri tu, dipersilakan buka entri yang lain yang lebih bagus lagi. Hmmm, nampak sangat tak ada bakat menjadi pereka fesyen!

     Okay, isu kita hari ini adalah Harajuku. Saya pasti ramai yang tahu mengenai fesyen Harajuku. Siapa yang tak tahu tu, tahu - tahukanlah sendiri ya! Cari di perpustakaan ke, rumah ke, internet ke ataupun TV! Muahhahahaha! Fesyen Harajuku semakin mendapat tempat di serata dunia pada masa kini! Saya tengok, di Malaysia sekarang pun ada juga peminat fesyen ini.




     Fesyen Harajuku asalnya daripada suatu kawasan yang bernama Harajuku (nanti saya cakap lebih lanjut mengenai tempat tu) yang terletak di Tokyo, Jepun. Mereka memakai pakaian cosplay pada setiap hari Ahad. Kalau nak pakai tiap - tiap hari, miskin lah! Yelah, setiap hari pakai kostum je, ish ish ish. Kalau bagi yang tak minat fesyen ni sangat, bila nampak orang pakai macam tu dia akan cakap mereka GILA... INSANE!


     Untuk tempat, Harajuku terletak diantara Shinjuku (しんじゅく) dan Shibuya (しぶや). Kalau nak tahu, Harajuku merupakan satu fashion capital di DUNIA! Kuahhahahahaha! Besar tu! Popular tu! Harajuku juga merupakan kawasan membeli belah yang besar yang menawarkan barangan dalam serta luar negara! Ini macam nak suruh orang pergi beli belah je? Tak salah kan kalau nak promote benda baik. Buahhahahahaha! Bagi sesiapa yang tak tahu dimana terletaknya Harajuku, saya ada menyertakan peta dimana letaknya Harajuku! Saya sedang bangga sekarang ni. Tak tahu kenapa berbangga! Muahhahahahahahaha! 

     Okay, cukuplah dulu tu. Saya tak tahu nak huraikan apa lagi. Ok, jumpa lagi lain kali!





Salam Hormat;
JapanLover

No comments:

Post a Comment

All Right Reserved by Japan Lover. NO COPYCATS ALLOWED!