Wednesday, 28 March 2012

Shinkansen - しんかんせん

   Hai awak semua! Awak semua rindu tak dekat post - post saya yang mencuit hati sambil berinformasi ni? Kalau rindu sila lah simpan dalam hati dan yang tak rindu tu sila lah simpan dalam hati juga ye ^_^ (buahhahahahahahahaha)

   Maklumlah, dah hampir seminggu juga saya menghilangkan diri tanpa ada sebarang berita dan notis pemberitahuan. Yang sebenarnya ada kisah disebalik tak update blog ni tahu. Memanglah ada kisah disebalik sesuatu yang terjadi kan, tak pernah tak ada kisah disebalik sesuatu perkara kan? Kucing beranak pun ada juga kisahnya yang tersendiri kan?

   Ok, macam ni lah, saya nak terus cerita lah kenapa saya tak update blog lama sangat (rasanya tak lah lama sangat). Yang sebenarnya, broadband rosak. Hancur berkecai. Terpatah dua. Siapa buat? Adik I lah... Buat pengetahuan awak semua, adik saya ni memang ganas sikit (ehem) SANGAT! Genetik lah tu... Persis kakaknya yang seorang ni.

   Sudahlah tu bercoret pasal diri sendiri, macam nak buat ruang 'di sebalik tabir' pula kan? Hari ni saya nak coret moret pasal satu benda ni, ada di Jepun sana (memang lah di Jepun, blog ni memang untuk mempromosi Jepun pun). Sebenarnya tak tepat sangat tahu kalau kita panggil 'benda' sebab benda ni besar dan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain (mainan pun boleh buat macam tu).

   Tapi, tak kisah lah nak sebut apa pun asalkan diri ini bahagia... Buahhahaha! Tapi kan, memang dah terpampang pada tajuk tu yang saya nak bincang mengenai Shinkansen. Awak semua ni tahu tidak apa itu Shinkansen?

   For your information, cewah nak 'speaking' pula minah kawaii ni. Cakaplah Bahasa Melayu, bukankah Bahasa Jiwa Bangsa? Jadi, berbangga lah dengan bahasa kita sekarang. Sekurang - kurangnya tak adalah kita 'menumpang' bahasa orang lain kan? Tak payahlah kita nak sangat cakap English kalau dah tak tahu tu kan? Cakap je Bahasa Melayu atau singkatannya BM. Wah! Tiba - tiba saya menjadi seorang yang berjiwa patriotisme dan mempunyai semangat nasionalisme!


Shinkansen

   Okay, kita pergi teruslah pada topik kita untuk kali ini! Hari ini, cikgu yang kalian sayangi sekalian akan mengajar kamu semua mengenai Shinkansen. Shinkansen ni macam keretapi atau kereta api atau train. Tapi, beza Shinkansen di Jepun dan keretapi yang ada di negara kita ialah Shinkansen lebih berteknologi dari keretapi kita. Shinkansen juga mempunyai muncung panjang dan ada dua kepala. Kan ada satu keretapi punya spesies juga lah, dia punya rupa macam Shinkansen. Ada muncung dan dua kepala. Saya agak mesti dia ambil idea dari Shinkansen.

   Inilah hasil titik peluh saya dalam mencari maklumat mengenai Shinkansen ni! Silalah hayati dengan sepenuh jiwa dan raga ye!
1) Shinkansen berasal dari negara Jepun. (semua orang tahu tu. Baru je tadi cakap)
2) Juga dikenali sebagai 'Bullet Train' sebab shinkansen ni laju. Laju daripada keretapi! WOW [terbeliak biji mata sekarang]
3) Shinkansen pertama namanya 'Tokaido Shinkansen' pada tahun 1964.
4) Shinkansen bermaksud new trunk line. Sebenarnya cakap Bahasa Inggeris ni tadi sebab tak tahu nak 'translate'. Buahhahaha. Yang saya tahu, sebenarnya shinkansen tu merujuk kepada railway track atau landasan tapi nama 'Shinkansen' terkenal sama ada di luar atau dalam Jepun. Mungkin sebab sedap agaknya panggil 'Shinkansen'.
5) Tokaido Shinkansen adalah yang paling sibuk di seantero dunia. Maksudnya Tokaido Shinkansen ni dah memperbanyak cawangan lah.
6) Membawa penumpang seramai 151 juta penumpang (March 2008), maksudnya Tokaido Shinkansen ni dah bawa lebih kurang empat hingga enam billion penumpang setahun. WOW!!! Dan tak ada lagi (setakat tahun tu) keretapi laju yang boleh bawa penumpang seramai tu. WOW!!!  [biji mataku terbeliak lagi dua kali, nasib baik tak terkeluar terus]
7) Dah habis dah! Kalau nak lebih lagi silalah pergi ke website ini: www.wikipedia.org dan search SHINKANSEN (tapi tak payah lah nak tulis semua huruf besar, tulis je semua huruf kecil).

   Okay, itu saja lah informasi yang saya dapat berikan kepada anda semua. Semoga bergembira baca entri saya yang menghiburkan diri ini.




Salam Hormat;
JapanLover

1 comment:

All Right Reserved by Japan Lover. NO COPYCATS ALLOWED!