Salam Sejahtera kepada anda semua di luar sana yang sedang melakukan aktiviti blogwalking,ataupun yang sudi memfollow blog saya yang serba tak kena ni (rendah diri). Pertama sekali, saya nak memohon maaf banyak - banyak sebab saya tidak pengepost dalam beberapa hari ni. Sebenarnya, saya tak ada masalah sangat pun nak buat, cuma MALAS memainkan 'peranan' yang teramat penting sehinggakan saya menjadi MALAS.
Tak tahu kenapa saya berasa teramat malas kali ini, tapi apa saya tahu sekarang ni pun sebenarnya saya tengah MALAS! Apa nak jadi ni? Takkan nak biar blog terbengkalai tak berupdate pula? Dah buat susah payah mereka hiasan dalaman tiba - tiba je nak QUIT? Aik, mana boleh jadi kan? Nanti semua orang lari tak nak follow kita kan? Even blogwalker pun tak sudi lagi nak menjenguk dan menjengah dan minum kopi (kopi je?) sambil rehat - rehat santaikan kepala otak yang dah berserabut sebab tengok macam - macam warna blog! Hah! Kesimpulannya, saya tak nak quit demi masa depan semua orang dan juga saya khususnya (nak publisiti je tu)! Buahhahahaha! Kuahhahahaha!
Sudah lah dulu bercakap pasal benda yang tak penting sebab ada benda yang lebih penting dan mustahak daripada dua perenggan di atas tu. Mustahak sangat ke? Ish, mestilah mustahak. Kan tajuk tu tergantung tak tahu tajuk sebenar kan? Mustahak lah tu! Kalau tak mustahak apa yang lebih sesuai dipanggil? Cuba beritahu saya dalam 'Kotak Menjerit' berwarna kelabu yang saya baru buat tak ingat bila tarikh dan harinya tu ye.
Jadi, hari ini, saya, JapanLover ingin (ingin je) berkongsi ilmu tentang Sashimi atau さしみ yang memang terkenal di Jepun sana tu! Apa? Apa benda tu? Eh, awak silap. Bukan benda! Makanan ye anak - anak yang disayangi dan dikasihi sekalian. Orang yang suka cuba - cuba makanan baru tu dipersilakanlah baca entri ini! Bagi yang dah pernah rasa tu, hanya dipersilakan untuk membaca informasi yang akan saya bagi nanti! Sebagai blogger yang baik, saya pun tunjuklah CONTOH gambar Sashimi. Peace yo! (aik? Macam ayat Lyssa Faizureen je?) Buahhahahahaha!
Inilah contoh Sashimi. Yang ini namanya Salmon Sashimi.
Beberapa informasi berguna yang awak semua PERLU TAHU tentang Sashimi:
- Sashimi adalah MENTAH. Sesiapa yang tak tahan makan makanan mentah sila jangan makan Sashimi tahu! Takut jadi kes hospital nanti.
- Biasanya IKAN yang digunakan dalam pembuatan Sashimi.
- Sashimi dalam Bahasa Melayunya adalah badan yang ditusuk. Sashi (さし) = tusuk dan mi (み) = badan atau daging.
- Perkataan Sashimi mula digunakan dalam Bahasa Inggeris untuk mrnunjukkan ikan mentah.
- Ramai orang salah anggap tentang Sashimi ( さしみ) dan Sushi (すし). Kasihan mereka! Buat pengetahuan awak semua, sushi diperbuat daripada nasi yang dicampur cuka. Sushi orang dulu - dulu yang menggunakan daging mentah tapi sekarang kebanyakan sushi menggunakan daging yang telah dimasak. Sebahagian kecilnya tidak ada makanan laut yang digunakan langsung!
- Sashimi biasanya dijadikan main course dalam majlis makan formal di Jepun tahu? Tahu ke? Haaa, tak tahu lagi kan? Tahu makan je! Ish ish ish. Rileks ye kawan - kawan, gurau kasar je ^_^
- Sashimi ni dihidang sekali dengan nasi dan sup miso.
- Biasanya, sashimi akan disediakan sos pencicah. Tapi bukan macam kita, sos untuk sashimi sama ada kicap atau paste wasabi.
- Menyediakan wasabi bersama dengan sashimi boleh membunuh kuman - kuman yang ada dalam makanan mentah. Sashimi kan makanan mentah? Sebab tu orang Jepun letak wasabi dengan sashimi!
- Antara makanan laut yang selalu digunakan adalah:
Salmon (さけ)
Sotong (いか)
Udang (えび)
Tuna (まぐろ)
Ikan Kembong (さば)
Horse mackerel (あじ)
Sotong kurita (たこ)
Fatty Tuna (とろ)
Ikan Tuna Yellowtail (はまち)
Ikan buntal (ふぐ)
Ikan kapis (ほたて)
Landak laut (うに)
Daging ikan paus (げいーにく)
- Biasanya, sotong kurita akan dimasak untuk memberi rasa liat yang ada. Entah apa yang sedap sangat kan? Yang tak dimasak biasanya ikan salmon, tuna dan sotong (sedap ke makan makanan mentah?)
- Kalau awak semua pernah TERnampak perkataan Basashi/ ばさし atau namasu/ なます, itu sebenarnya adalah daging kuda! Betul, tak tipu! Buat apa nak tipu, kan buat tambah dosa percuma! Ia boleh dijumpai di mana - mana bandar besar di serata Jepun seperti Tokyo (ときょ) dan Osaka (おさか).
Makan sashimi sebenarnya mendatangkan banyak kemudaratan, seperti:
a) Keracunan makanan disebabkan bakteria dan pasasit seperti Anisakis yang akan membiak dalam badan manusia dan menyebabkan jangkitan seperti alergik selepas sahaja makan ikan yang dijangkiti parasit ini termasuk anaphylaxis yang akan menyebabkan alergik hingga menyebabkan kematian (ish ish ish, teruknya *_*)!
b) Jika penyediaan ikan buntal yang tak betul, ia mengandungi tetrodotoxin yang berupaya memperlahankan denyutan jantung dan nadi. Ini membuatkan orang ingat kita dah mati tapi sebenarnya kita koma! Perlahannya! Dan, ubat bagi merawat tetrodotoxin masih BELUM ditemui.
c) Sesetengah ikan diawet menggunakan karbon monoksida supaya ikan yang rosak akan kelihatan segar dan merah. Kita semua sedia maklum yang karbon monoksida memang merbahaya untuk badan kita. Ada sesiapa yang tak tahu ke? Aiyoyo! Awak semua main yoyo sampai tak ingat dunia ke? Kan dah 'terkenal' yang asap kereta tu pun salah satu agen yang membebaskan karbon monoksida, tapi tak semestinya asap kereta je yang keluarkan gas tu. Ada banyak lagi yang bebaskan karbon monoksida tahu? Ok lah, kepada yang tak tahu, gas karbon monoksida akan menyebabkan kekurangan kadar oksigen dan akan menyebabkan kita mengalami banyak masalah lain yang kronik - kronik belaka!
Saya rasa cukuplah dulu saya membebel ni, nanti bosan pula awak semua. Tadi bagi huraian punyalah panjang lebar sampai nampak macam karangan je! Kuahhahahaha! Nanti kalau awak semua pergi restoran Jepun yang menawarkan sashimi dan keluarga awak nak cuba, tak salah. Tapi, saya harap awak pilih yang dah di masak macam sotong kurita tu. Saya nak cakap demi kebaikan awak semua dan sebab saya sayangkan awak semua (macam dirimu itu baik sangat) yang awak boleh makan cuma DIKHUATIRI antibodi awak tak cukup kuat nak lawan. Jadi, mencegah lebih baik dari mengubati.
Salam Hormat;
JapanLover


No comments:
Post a Comment